Isnin, 29 Oktober 2018

PROGRAM PEMULIHAN AKHLAK



                      PROGRAM JALINAN KASIH DI TAMAN SERI PUTRI

       

Ini merupakan kali pertama bagi saya semester 1 menjalankan Program pemulihan akhlak  yang berkaitan dengan personaliti seseorang individu. Melalui program ini, ianya memberi makna yang besar kepada pelajar Bimbingan dan Kaunseling untuk memahami dengan lebih dekat lagi berkaitan dengan perkembangan personaliti manusia. Pada masa yang sama ianya berguna untuk memupuk perasaan serta memahami manusia dan membentuk diri ke arah keprihatinan kepada anggota masyarakat dan memupuk semangat untuk menolong masyarakat. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar Bimbingan dan Kaunseling khususnya yang sedang mempelajari khusus perkembangan personaliti. Selain itu,program ini adalah untuk memupuk perasaan menghargai dan menyayangi masyarakat, membina potensi diri pelajar Bimbingan dan Kaunseling kearah menjadi seorang penolong yang berkesan, memberi pengetahuan kepada pelajar Bimbingan dan Kaunseling berkaitan perkembangan dan personaliti manusia, memupuk perasaan kasih sayang kepada profesion sebagai seorang kaunselor dan akhir sekali objektif program ini adalah untuk memberi pengetahuan berkaitan peranan dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga peranan dan tanggungjawab Sekolah Seri Putri.    

PROGRAM KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 DALAM MENGIKUTI PROGRAM YANG TELAH SAYA BERSAMA AHLI YANG LAIN JALANKAN DALAM  PROG...