Jumaat, 21 Disember 2018

PERANAN UNIT KAUNSELING DI SEKOLAH

Antara peranan yang dimainkan oleh unit Kaunseling /Kaunselor ini adalah seperti berikut:


1. Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan.

2. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

3. Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu.

4.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehanya.

5.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang.

7.Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya,

8.Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman.

9.Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani.

10.Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia            tidak dianiya oleh yang menolongnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 DALAM MENGIKUTI PROGRAM YANG TELAH SAYA BERSAMA AHLI YANG LAIN JALANKAN DALAM  PROG...