APAKAH ITU KAUNSELING???
Kaunseling
bukanlah nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling
adalah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan
prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah salah satu cabang daripada
psikologi. Perkhidmatan kaunseling dijalankan oleh kaunselor profesional
bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik
dan menyeluruh. Pertemuan antara kaunselor dan klien adalah secara
sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Malah kaunselor tidak akan memberi jawapan secara langsung kepada klien
dan klien akan membuat keputusan yang terbaik dengan bantuan daripada
kaunselor.
SEKIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan