Isnin, 15 Oktober 2018

MASALAH SOSIAL KINI

SALAM PERTEMUAN.......


Seperti yang diketahui umum, kini kita telah berada di era globalisasi yang begitu pesat berkembang. Banyak perubahan dan kejayaan yang dapat dilihat dari semasa ke semasa. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut bersama mengikut arus permodenan ini. Negara kita tidak kurang hebatnya untuk bersaing dengan negara-negara lain. Banyak penyelidikkan dan pembangunan telah dijalankan bagi merialisasikan matlamat jangka panjang negara kita iaitu Wawasan 2020. Kerajaan telah menjalankan banyak usaha bagi memastikan Malaysia akan terus maju dan berkembang. Malangnya, sebenarnya kita mempunyai masalah dalaman yang begitu membimbangkan. Jika ia dipandang remeh terhadap masalah ini, kita mungkin akan mempunyai kesukaran untuk mencapai matlamat kita. Masalah tersebut adalah masalah sosial yang kebanyakkannya membabitkan remaja negara. Generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Mereka jugalah yang akan menyambung usaha untuk memajukan negara kita. Jadi, masalah sosial harus dipandang serius oleh semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROGRAM KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 DALAM MENGIKUTI PROGRAM YANG TELAH SAYA BERSAMA AHLI YANG LAIN JALANKAN DALAM  PROG...