PROGRAM-PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor
juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat
perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.
b) Bimbingan Perkembangan Kerjaya
Kaunselor
berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor
menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya,
lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar
mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat
dibuat. Kaunselor
bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta
peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.
c) Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran
Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor
berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang
kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus
asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor
juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar,
cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar
berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah
atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk
memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran
sekolah yang mereka anggap membosankan.
d) Bimbingan Penyesuaian Diri
Kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu
Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama
seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.
e) Bimbingan Tingkah laku
Kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.
f) Perkhidmatan Kaunseling
Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok. Hal
ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan
memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang
dialaminya. Selain itu,
perkhidmatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada
guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkah laku
pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti
pelajar-pelajar di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan