"Walau sepahit mana pun kehidupan, ingatlah masih ada yang bersama kita. Hargai ibu bapa dan orang sekeliling kelak hidup pasti bahagia" .. ~Manusia Mempunyai Ruang Untuk Melakukan Kesalahan , Namun Kekuatan Diri Menjadi Harapan Untuk Mencapai Kejayaan~ -Nurelani Bt Kamarulzaman-
Sabtu, 29 Disember 2018
Jumaat, 28 Disember 2018
PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PROGRAM-PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor
juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat
perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.
b) Bimbingan Perkembangan Kerjaya
Kaunselor
berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor
menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya,
lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar
mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat
dibuat. Kaunselor
bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta
peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.
c) Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran
Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor
berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang
kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus
asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor
juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar,
cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar
berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah
atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk
memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran
sekolah yang mereka anggap membosankan.
d) Bimbingan Penyesuaian Diri
Kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu
Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama
seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.
e) Bimbingan Tingkah laku
Kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.
f) Perkhidmatan Kaunseling
Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok. Hal
ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan
memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang
dialaminya. Selain itu,
perkhidmatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada
guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkah laku
pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti
pelajar-pelajar di sekolah.
BERHARGANYA KAMU WAHAI PELAJAR DIBAWAH BIMBINGAN KAUNSELOR
~PERSATUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING~
Ulasan Sajak “Harga Remaja”
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.
.
Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka Jumaat, 21 Disember 2018
PERANAN UNIT KAUNSELING DI SEKOLAH
Antara peranan yang dimainkan oleh unit Kaunseling /Kaunselor ini adalah seperti berikut:
1. Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan.
2.
Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut
mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar
belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.
3. Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu.
4.Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehanya.
5.Bimbingan
dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan
orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.
6. Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang.
7.Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya,
8.Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman.
9.Bimbingan
dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut.
Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani.
10.Bimbingan
dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang
baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia
tidak dianiya oleh yang menolongnya.
Khamis, 20 Disember 2018
Langgan:
Catatan (Atom)
PROGRAM KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA
GAMBAR KENANGAN BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 DALAM MENGIKUTI PROGRAM YANG TELAH SAYA BERSAMA AHLI YANG LAIN JALANKAN DALAM PROG...

-
PROGRAM-PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING a) Bimbingan Perkembangan Personaliti Kaunselor berperanan menentukan agar pelajar ...
-
APAKAH ITU KAUNSELING??? Kaunseling bukanlah nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling adalah suatu proses...
-
MASIH BERSAMA KELUARGA . .. Yaa Allah Yaa Tuhanku.. Malam ini,,izinkan aku titipkan rinduku untuknya melalui dinginnya mala...
-
GAMBAR KENANGAN BERSAMA PELAJAR SEMESTER 1 DALAM MENGIKUTI PROGRAM YANG TELAH SAYA BERSAMA AHLI YANG LAIN JALANKAN DALAM PROG...
-
Antara peranan yang dimainkan oleh unit Kaunseling /Kaunselor ini adalah seperti berikut: 1. Bimbingan dan kaunseling adalah proses...
-
~Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan~ Last kelas bersama En. Aziz.. Pensyarah yang...
-
HAMPARAN RINDU Terbentang luas alam raya Terhiasi aneka kehidupan Sisi hati tetaplah rahasia Kerena hati tetap indah ketika suas...
-
~PERSATUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING~ Ulasan Sajak “Harga Remaja” Harga Remaja ...
-
Meluangkan waktu bersama ahli keluarga Mustashar di Kalumpang,2018. ISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMESTER 4 ...