INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Sidek’s Personality Inventory
(IPS)
Arahan:
Inventori ini mengandungi 160 pernyataan.
Bil.
|
Item
|
Ya
|
Tidak
|
1.
|
Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran saya.
| ||
2.
|
Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda.
| ||
3.
|
Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikur struktur yang telah ditetapkan.
| ||
4.
|
Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada di samping saya.
|
5.
|
Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan.
| ||
6.
|
Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang saya baca.
| ||
7.
|
Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga.
| ||
8.
|
Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.
| ||
9.
|
Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-masalah rumit.
| ||
10.
|
Selalu mengelak dari bertanya kerana takut akan salah.
| ||
11.
|
Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin.
| ||
12.
|
Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah.
| ||
13.
|
Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan.
| ||
14.
|
Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas.
| ||
15.
|
Mengharap orang lain menganggap saya sebagai orang yang amat berjaya.
| ||
16.
|
Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan sesiapa.
| ||
17.
|
Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli profesional bila menghadapi masalah.
| ||
18.
|
Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang buat dan lihat.
| ||
19.
|
Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
|
20.
|
Mengelak daripada memperkatakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang lain marah.
| ||
21.
|
Suka berucap semasa berada dalam kumpulan yang besar.
| ||
22.
|
Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar.
| ||
23.
|
Sering kali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang lain.
| ||
24.
|
Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti masa lapang.
| ||
25.
|
Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan tugas-tugas yang telah dimulakan.
| ||
26.
|
Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal keadaan.
| ||
27.
|
Selalu membuat keputusan-keputusan penting tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.
| ||
28.
|
Tidak sampai hati melihat orang dihukum walaupun ianya telah diadili.
| ||
29.
|
Ingin supaya orang lain simpati dengan masalah hidup yang saya alami.
| ||
30.
|
Suka melakukan kerja dengan kemas dan teratur.
| ||
31.
|
Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan yang orang lain tidak berupaya melakukannya.
| ||
32.
|
Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang.
| ||
33.
|
Selesa meminta kembali barang-barang yang telah dipinjam oleh kawan.
|
34.
|
Berminat membaca buku-buku bercorak akademik, falsafah, dan psikologi.
| ||
35.
|
Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian.
| ||
36.
|
Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majoriti.
| ||
37.
|
Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra.
| ||
38.
|
Lebih selesa mendampingi dengan orang yang intelek berbanding orang yang praktikal.
| ||
39.
|
Jarang bercakap dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan.
| ||
40.
|
Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara.
| ||
41.
|
Akan menyelesaikan sesuatu sebelum memulakan sesuatu kerja yang lain.
| ||
42.
|
Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya.
| ||
43.
|
Lebih suka menjadikan ketua daripada menjadi pengikut.
| ||
44.
|
Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tidak kira pertolongan itu diperlukan atau tidak.
| ||
45.
|
Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi kepada orang lain.
| ||
46.
|
Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan terperinci.
| ||
47.
|
Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa saja kerja.
| ||
48.
|
Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya.
| ||
49.
|
Mudah melenting apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi.
| ||
50.
|
Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubung dengan manusia.
| ||
51.
|
Tidak mengharap orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya.
| ||
52.
|
Suka menerima kepimpinan orang lain.
| ||
53.
|
Mudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali.
| ||
54.
|
Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan penyelidikan.
| ||
55.
|
Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur terlebih dahulu.
| ||
56.
|
Merasa bosan jika tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat.
| ||
57.
|
Akan melakukan kerja-kerja yang sudah walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis.
| ||
58.
|
Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi sehingga kini.
| ||
59.
|
Suka membuat keputusan untuk kumpulan.
| ||
60.
|
Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayang kepada kawan-kawan yang memerlukan.
| ||
61.
|
Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang lain.
| ||
62.
|
Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari.
| ||
63.
|
Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap pencapai cemerlang yang saya perolehi.
|
64.
|
Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya.
| ||
65.
|
Akan berterus-terang menyatakan tingkah lakunya telah menyakiti hati saya.
| ||
66.
|
Suka menganalisa personaliti individu yang saya temui.
| ||
67.
|
Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti.
| ||
68.
|
Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak bersetuju dengan peraturan itu.
| ||
69.
|
Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain bila berada dalam sesuatu kumpulan.
| ||
70.
|
Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstraks.
| ||
71.
|
Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain dengan kawan-kawan.
| ||
72.
|
Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya rancangkan.
| ||
73.
|
Boleh bekerja dalam jangka masa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan jemu.
| ||
74.
|
Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah saya lakukan pada masa lalu.
| ||
75.
|
Akan mengambil alih tugas kepimpinan apabila suasana berada dalam keadaan tertekan.
| ||
76.
|
Gembira menghabiskan sebahagian daripada masa saya membantu menyelesaikan masalah-masalah sosial.
| ||
77.
|
Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya kepada kawan-kawan.
| ||
78.
|
Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan.
| ||
79.
|
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan.
| ||
80.
|
Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan.
| ||
81.
|
Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas.
| ||
82.
|
Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup bermasyarakat yang ideal.
| ||
83.
|
Suka melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan, persetujuan dan pendapat orang lain.
| ||
84.
|
Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
| ||
85.
|
Suka kepada aktiviti yang melibatkan orang ramai.
| ||
86.
|
Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang bercorak akademik.
| ||
87.
|
Suka menyendiri melayan fikiran.
| ||
88.
|
Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru.
| ||
89.
|
Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun saya tidak suka.
| ||
90.
|
Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya.
| ||
91.
|
Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi.
| ||
92.
|
Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu yang kurang bernasib baik.
| ||
93.
|
Selalu meminta kepastian orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakana adalah betul.
| ||
94.
|
Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan kemas.
| ||
95.
|
Melihat diri saya sebagai orang yang bercita-cita tinggi.
| ||
96.
|
Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa.
| ||
97.
|
Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
| ||
98.
|
Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah sosial, politik dan ekonomi.
| ||
99.
|
Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata.
| ||
100.
|
Lebih banyak bertolak ansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan orang lain.
| ||
101.
|
Selesa bercakap dengan seseorang walaupun bertemu buat pertama kali.
| ||
102.
|
Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel-artikel bercorak akademik yang saya baca.
| ||
103.
|
Merasa gugup bercakap di hadapan khalayak ramai.
| ||
104.
|
Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangka masa yang lama.
| ||
105.
|
Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain telah menarik diri.
| ||
106.
|
Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak mengembirakan.
| ||
107.
|
Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya.
| ||
108.
|
Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri sendiri.
| ||
109.
|
Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa sokongan dari kawan-kawan.
| ||
110.
|
Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang.
| ||
111.
|
Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.
| ||
112.
|
Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan.
| ||
113.
|
Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari membuat kerja yang disuruh oleh orang lain.
| ||
114.
|
Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkah laku dan permasalahan manusia.
| ||
115.
|
Selalu bertindak mengikut keyakinan diri.
| ||
116.
|
Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai bagi membentuk nilai-nilai hidup saya.
| ||
117.
|
Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk seorang diri.
| ||
118.
|
Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta cara penyelesaiannya.
| ||
119.
|
Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali.
| ||
120.
|
Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang lain.
| ||
121.
|
Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya terpaksa bekerja lebih masa.
| ||
122.
|
Merasakan yang diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah.
| ||
123.
|
Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua.
| ||
124.
|
Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang lain.
| ||
125.
|
Merasa kecewa bila orang lain tidak menghargai diri saya.
| ||
126.
|
Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar.
| ||
127.
|
Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain.
| ||
128.
|
Walaupun rakan-rakan selalu membuatkan saya ternanti-nanti, saya tidak pernah marah.
| ||
129.
|
Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain.
| ||
130.
|
Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah-masalah rumit yang perlu diselesaikan.
| ||
131.
|
Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin saya lakukan.
| ||
132.
|
Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan masalah saya sendiri.
| ||
133.
|
Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi.
| ||
134.
|
Merasakan yang diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain.
| ||
135.
|
Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya.
| ||
136.
|
Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali.
| ||
137.
|
Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan mengubahnya.
| ||
138.
|
Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi orang lain.
| ||
139.
|
Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoriti.
| ||
140.
|
Percaya bahawa kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya.
| ||
141.
|
Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain.
| ||
142.
|
Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu.
| ||
143.
|
Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang mencabar.
| ||
144.
|
Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang-ulang.
| ||
145.
|
Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah.
| ||
146.
|
Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan lebih baik.
| ||
147.
|
Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan oleh diri saya sendiri.
| ||
148.
|
Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak berminat untuk melakukannya.
| ||
149.
|
Mempunyai ramai sahabat dan kenalan.
| ||
150.
|
Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea.
| ||
151.
|
Akan mengelak situasi-situasi yang memaksa saya berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai.
| ||
152.
|
Merasa bosan hidup dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa perubahan.
| ||
153.
|
Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya segera.
| ||
154.
|
Takut akan kecewa dalam mengharungi hidup.
| ||
155.
|
Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk menyelia.
| ||
156.
|
Suka melawati kawan-kawan dan jiran-jiran saya yang sakit.
| ||
157.
|
Akan meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi kebuntuan.
| ||
158.
|
Rasa kecewa bila ada sesuatu yang menganggu perjalanan rancangan saya.
| ||
159.
|
Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruhi.
| ||
160.
|
Saya tidak pernah cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang lain.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan